Wednesday, August 18, 2010

Syukur Alhamdulillah

"Ya Allah Ya Tuhan ku, hambaMu yang lemah lagi tidak berdaya ini sangat-sangat bersyukur ke atas Mu kerana masih lagi memberi peluang untuk aku hidup di dunia ini. Ampunkan dosa ku kerana lalai, alpa dan lupakan Mu. Amin"

Aku baru ada kesempatan untuk menulis entri pasal kejadian yang hampir meragut nyawa aku dan roomate ku.


13 Ogos 2010
Tarikh bersejarah bagi kami berempat pelatih perempuan PPKP PLK Miri. Malam itu, aku rasa rajin betul nak update blog. banyak pulak entri aku pada malam tersebut dan hari2 sebelumnya. Tapi awal pula aku mengantuk. Selalunya aku akan tidur akhir. Roomate aku pun tetiba ja cam tidur awal.

Aku merasakan tidur aku agak terganggu, dengan bunyi handfone si Hasmah yang jatuh, bunyi minyak angin jatuh dari katil. Tapi buat derk ja la..malas nak bangun pergi ambil.Aku tengok jam kat handfon aku. pukul 1258 am. Dalam keadaan mamai, aku ternampak Hasmah terbangun juga akibat bunyi handfon dan botol minyak angin yang jatuh tadi.Tapi cam aku juga, buat derk ja. Kacau tidur ja kan. Sambung tidur balik. =.=" Cepat ja terlena.

Tiba-tiba Hasmah menjerit memanggil namaku. Terkejut betul aku. *Sniff* Bau asap! Api! aku nampak kaler kuning kat tingkap. berdekatan katil aku. (jarak 2 langkah) Pahal ada api ne? Siapa yang main api kat luar ne? Dalam otak aku yang masih mamai ne, aku ingat api tu kat luar tingkap. Dengan sepantas kilat, aku pergi ke bilik mandi, ambil air sebaldi sambil menjerit2 minta tolong angkat baldi dan terus keluar hostel melalui pntu di dapur pergi ke belakang bilik untuk padam api.

Aik! mana api tu? OMG! rupa2nya api berada dalam bilik. Camna la otak dalam kepala aku boleh salah tafsir? Cepat2 bawa baldi masuk ke dalam bilik untuk padam kan api.

Syukur! Tuhan masih sayang. Api dapat dikawal dan dipadam. Aku meneliti tingkap tersebut, kenapa jaring tingkap mcam kena toreh, koyak? kenapa tiba2 ada api sedangkan jauh dari segala sumber api, elektrik? Terasa kaki ku menggeletar, airmata yang nak keluar ku tahan.

Aku jerit kat roomate aku agar kunci semua pintu dan tutup langsir. Ini adalah perbuatan khianat. Ada orang sengaja nak bakar hostel. Dalam kepala ku terbayang wajah2 yang aku sayang, sempatkah aku berjumpa lagi dengan diaorang?( masa aku taip ne pun, aku masih terasa ngeri)

Dengan asap yang masih tebal, kami berkurung. Macam b*d*h ja berkurung dalam bilik. Lemas disebabkan asap baru korang tau.! bukan apa, aku takut! Sangat2 takut!

Aku capai handfon. Aku kol no philip. Please, jawab kol ne. Aku kol 2 kali, baru ada jawapan. Suara aku menggeletar. Aku hanya mampu berkata ' tolong turun bawah.ada emergency!cepat!Bawa semua orang!'

Kami tunggu kedatangan dorang dengan penuh debar. Tok! Tok! Tok! pintu bilik di ketok. Syukur! Dorang datang. Hairan dengan asap yang tebal, Terus gitau apa yang berlaku.

Kol En Yong. Pergi balai polis. Buat laporan. Dari kejadian, sampai ke pagi aku tidak tidur. kerana takut. Entah siapa yang buat onar.

Baru sebulan kami di sini.Entah siapa yang dengki ne? Tuhan, tolong lindungi kami selalu. Amin.




P/s Masa kejadian adalah malam yang sama kebakaran di Taman Selera Miri.

No comments: