Sunday, December 5, 2010

Disember 2010

Sudah sampai ke penghujung tahun 2010.

Apa yang terjadi pada bulan ini?

Isteri anjang meninggalkan kami buat selamanya.Al Fatihah.
Rombongan dari Kg Buangsiol, Limbang ke Kuching.
Birthday Nor Aqidah Haris
Birthday Abd Raqib Piee
Pindah rumah.

Hari-hari aku berangkut barang. pergi pagi balik petang. sangat penat.Harap-harap boleh la siap semua sebelum aku pergi Miri bulan Jan ne.
Aku telah memvarnishkan kerusi dan meja yang diberi oleh bu' suraya. haha... macam baru la sekarang. aku nak kaler cam dark choc, supaya nampak cam balinese sikit. p haha.. entahla. biarla..



Kelmarin, aku, bapa, mama, bu' not pergi ke Sri aman melawat famili anjang. Semoga roh mak anjang dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang beriman. Amin.

mak anjang meninggal kerana kanser servik. Lambat dikesan, doktor tak mampu membuat apa-apa lagi.




P/s layan jerla apa yang aku tulis. haha
p/s/s Aku telah merancang satu plan untuk Febuari. hmm..

Sunday, October 24, 2010

Bosan

Kelmarin, hari ini sangat boring. exam tinggal beberapa minggu saja lagi. Masih takda hati nak belajar.


Blog ne pun cam dah bersawang-sanwang tak di update. Dan aku juga malas nak berjalan ke blog lain. hati sudah terbang ke kuching. Cuma badan saja belum.

Kelmarin, aku berperang dengan anak cik siti di dalam bilik mandi.Berlari-lari ke dapur-bilik mandi-jamban-dapur-jamban. huh. anak cik siti ne memang nak carik nahas. last-last anak cik siti menerima ajal, dan aku semadi kan terus. huh. itu la.. cari pasal.

cerita yang amat boring. report ada 2 belum buat. daa..

Thursday, September 2, 2010

Ular Silver dan Raya


Masa Subuh tadi aku bermimpi kan 2 ekor tedung kaler silver. Eh, adake ular kaler silver? 2 Ekor ular tu semacam nak mengawan. Haha. Tapi bila aku lalu, 2 ekor tu marah kan aku terus lari.
entah apa la makna mimpi tu kan.

Orang tua- tua cakap kalau mimpikan ular, pastu ular tu patuk kita, ada orang nak datang masuk meminang. Haha, habis ular yang aku mimpi tu lari bila nampak aku. Maknanya tak jadi la orang datang nak masuk meminang? gitu? Hanya Allah swt sahaja yang Maha memahami , samada mimpi tersebut petunjuk atau sekadar mainan tidur.

Tengok kalendar, hari ini bertarikh 2 September 2010. tak lama lagi aku balik rumah terchenta. Menemui keluarga, kawan tersayang dan kancel terchenta. hihi..

Raya kali ini semacam lebih bermakna kepadaku. Aku merasakan yang aku harus menghargai raya kali ini. Kalau nak difikir2kan, Insya Allah tahun depan aku dah mulai masuk ke alam pekerjaan. Manala tahu susah nak dapat cuti. Beraya di perantauan. Kan ke sedih..

Semoga cuaca pada raya kali ini mengizinkan kami beraya dengan kering. Amin.


Selamat Hari Raya semua!!!



Friday, August 27, 2010

Hari -hari yang berlalu..

Habis sudah minggu attach dengan unit KPAS bersama Cik Farah. Minggu yang penat, tapi berbaloi. banyak yang kami pelajari. Cik Farah juga banyak memberi tips jika dah kerja nanti.


Terus terang aku katakan aku sangat suka akan gaya Cik Farah. First impression semacam sombong, tapi sekarang, aku semakin senang dengan gayanya. yala.. Dont judge a book by its cover.

Sebelum unit KPAS kami attach dengan unit CDC. Staf-staf yang sangat cambest. Kalau aku posting sini, boleh aku apply unit CDC ke? Heeee... Antara unit yang paling happening di pkb ini. (memangla, unit CDC yang kami first attach. belum tahu keadaan unit lain lagi kan.)

Hari ini, 27 Ogos 2010, tinggal beberapa hari lagi Hari Kemerdekaan Malaysia tercinta, namun, aku langsung tidak merasa bahang merdeka tahun ini. Macam lenyap dek sambutan raya.

Saturday, August 21, 2010

Sudah hari ke berapa ek?

Aku perasan akan cara aku menulis entri aku kadang-kadang agak berlainan, mungkin aku masih tercari-cari stail sendiri, identiti sendiri.

Hari ini adalah hari ke sebelas umat Islam menunaikan ibadat puasa. Aku, masih lagi dapat berpuasa dengan tabah tanpa keuzuran, Alhamdulillah. Ini bermakna,

8 September 2010
- 21 Ogos 2010
_________________
18 hari
_________________


Hehe, mama tunggulah kepulangan anakanda ya. Miss and Love you!!

P/S mama, lama sudah mama tidak online.
P/S/S Aku belum tulis entri pasal 13 Ogos 2010. kejadian yang hampir meragut nyawaku. (tak tipu punya).

update: sudah tulis. hee. layan~

Wednesday, August 18, 2010

Syukur Alhamdulillah

"Ya Allah Ya Tuhan ku, hambaMu yang lemah lagi tidak berdaya ini sangat-sangat bersyukur ke atas Mu kerana masih lagi memberi peluang untuk aku hidup di dunia ini. Ampunkan dosa ku kerana lalai, alpa dan lupakan Mu. Amin"

Aku baru ada kesempatan untuk menulis entri pasal kejadian yang hampir meragut nyawa aku dan roomate ku.


13 Ogos 2010
Tarikh bersejarah bagi kami berempat pelatih perempuan PPKP PLK Miri. Malam itu, aku rasa rajin betul nak update blog. banyak pulak entri aku pada malam tersebut dan hari2 sebelumnya. Tapi awal pula aku mengantuk. Selalunya aku akan tidur akhir. Roomate aku pun tetiba ja cam tidur awal.

Aku merasakan tidur aku agak terganggu, dengan bunyi handfone si Hasmah yang jatuh, bunyi minyak angin jatuh dari katil. Tapi buat derk ja la..malas nak bangun pergi ambil.Aku tengok jam kat handfon aku. pukul 1258 am. Dalam keadaan mamai, aku ternampak Hasmah terbangun juga akibat bunyi handfon dan botol minyak angin yang jatuh tadi.Tapi cam aku juga, buat derk ja. Kacau tidur ja kan. Sambung tidur balik. =.=" Cepat ja terlena.

Tiba-tiba Hasmah menjerit memanggil namaku. Terkejut betul aku. *Sniff* Bau asap! Api! aku nampak kaler kuning kat tingkap. berdekatan katil aku. (jarak 2 langkah) Pahal ada api ne? Siapa yang main api kat luar ne? Dalam otak aku yang masih mamai ne, aku ingat api tu kat luar tingkap. Dengan sepantas kilat, aku pergi ke bilik mandi, ambil air sebaldi sambil menjerit2 minta tolong angkat baldi dan terus keluar hostel melalui pntu di dapur pergi ke belakang bilik untuk padam api.

Aik! mana api tu? OMG! rupa2nya api berada dalam bilik. Camna la otak dalam kepala aku boleh salah tafsir? Cepat2 bawa baldi masuk ke dalam bilik untuk padam kan api.

Syukur! Tuhan masih sayang. Api dapat dikawal dan dipadam. Aku meneliti tingkap tersebut, kenapa jaring tingkap mcam kena toreh, koyak? kenapa tiba2 ada api sedangkan jauh dari segala sumber api, elektrik? Terasa kaki ku menggeletar, airmata yang nak keluar ku tahan.

Aku jerit kat roomate aku agar kunci semua pintu dan tutup langsir. Ini adalah perbuatan khianat. Ada orang sengaja nak bakar hostel. Dalam kepala ku terbayang wajah2 yang aku sayang, sempatkah aku berjumpa lagi dengan diaorang?( masa aku taip ne pun, aku masih terasa ngeri)

Dengan asap yang masih tebal, kami berkurung. Macam b*d*h ja berkurung dalam bilik. Lemas disebabkan asap baru korang tau.! bukan apa, aku takut! Sangat2 takut!

Aku capai handfon. Aku kol no philip. Please, jawab kol ne. Aku kol 2 kali, baru ada jawapan. Suara aku menggeletar. Aku hanya mampu berkata ' tolong turun bawah.ada emergency!cepat!Bawa semua orang!'

Kami tunggu kedatangan dorang dengan penuh debar. Tok! Tok! Tok! pintu bilik di ketok. Syukur! Dorang datang. Hairan dengan asap yang tebal, Terus gitau apa yang berlaku.

Kol En Yong. Pergi balai polis. Buat laporan. Dari kejadian, sampai ke pagi aku tidak tidur. kerana takut. Entah siapa yang buat onar.

Baru sebulan kami di sini.Entah siapa yang dengki ne? Tuhan, tolong lindungi kami selalu. Amin.




P/s Masa kejadian adalah malam yang sama kebakaran di Taman Selera Miri.

Thursday, August 12, 2010

crap

macam tiap hari dah aku update blog ne. tapi tu la.. nonsense and crap things. patutla tak banyak follower. tapi aku tak kisah, bukan aim aku untuk buat blog.

Catatan harian

Kepada blogku sayang,


Pada pagi ini aku bangun tepat pukul 3.30 pagi tanpa bantuan loceng. Aku merasa bangga dngan diriku sebentar. Seperti biasa aku akan membuat wake up call untuk Afiq. Terdetik di hati, agaknya begini la keadaan mama ku sayang bangun pagi2 untuk menyediakan makanan untuk sahur ketika aku sedang lena dibuai mimpi. Mama, love you.

sambung tidur.

Ya. aku tahu, buruk perangai kan.



Bangun pagi itu pun lambat juga. Kenapa la, sangat mengantuk pagi2. liat betul mahu bangun.

Selesai bersiap, turun ke PKB untuk punch card. Aku malas tol la nak punch card ne. takpa, anggap jak ada hikmah.

Aktiviti yang dijangka akan berjalan pada hari ini adalah Sebutan Kes di mahkamah dan taklimat daripada unit TB oleh PPKP Awang Alwi.

Kami, pelatih PPKP, dijemput untuk memerhati sebutan kes Jab. Kshatan VS XXXXX ( dirahsiakan).

Aku menunpukan sepenuh perhatian semasa sebutan berlangsung. Penting ne, manatau tup tup posting pegang unit UIP(unit inspektorat dan perundangan). Kelak kena kutuk senior tak tahu buat kerja. ijo muka.

Berdasarkan pemerhatian aku, prosedur memang tidak jauh beza daripada apa yang kami praktik kan semasa di kolej. ada kerani, jurubahasa, hakim dan pegawai pendakwa. Cuma tidak ada pembantu pegawai pendakwa. turut hadir bersama kami adalah KPPKP Yang dan PPKP Suhaimi serta tauke kedai makanan yang kami lawan dan sahabat handai dia.

Kesalahan pertama bagi pihak didakwa. di denda sebanyak RM4k dibawah Akta Makanan 1983 Seksyen 13.

Banyak persoalan bermain di fikiran ku. Opkos semuanya berkaitan dengan kes ini. Simpan dulu soalan.


Kalau aku, mesti dah bergegar kepala lutut kalau aku jadi pegawai pendakwa. macam2 tuan hakim tu tanya. Dalam English. dahla laju. Aku boooleh paham. tapi takut tersalah tangkap maksud soalan yang disoal. Kalau ada lagi peluang macam ini. Alhamdulillah.


Wednesday, August 11, 2010

Shooting Stars

Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now


P/s Felt so empty.

Hari Pertama

Semasa malam sebelum hari pertama, mcam2 sudah aku pasang niat untuk kurangkan bercakap (tambahan mulut bau), kurangkan ketawa, kurangkan tidur. Tetapi, hmmmphh.. Selagi ada Celestine dan shaheery, habislah.. tapi aku rasa memang ada kurang sedikitlah.

Tak pa, esok boleh cuba lagi.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan

Ramadhan datang lagi. Bermakna kurangla aktiviti makan, mengumpat, ketawa, bercakap di siang hari. huhu.


Selamat Berpuasa kepada semua Umat Islam... Mudahan mendapat keberkatan dari Nya yang Maha Berkuasa

Thursday, August 5, 2010

Today was a fairy tail

Aku suka tulis tajuk English tapi last-last isi kandungannya dalam melayu. Mesti annoying kan kepada orang yang membaca.


ok. the end.

Ketenangan Jiwa

Pada malam ini, aku rasa sebak sangat. Dahla lagu yang kuar kat laptop yag sedih2 berkumandang.. Kebanjiran mata aku.


Ingin aku meluah rasa rindu ku pada orang2 yang aku sayang. betapa rindu nya aku pada diaorang. Tuhan jak tahu rasa jiwa lara ne.

YA Tuhan, bantu hamba Mu ini dalam menerukan kehidupan di perantauan ini.Berikanlah ketenangan kepadaku. Aku amat memerlukannya.Aku mohon sangat ya Tuhan..Amin.

aiyaa.. congek da jak.

Wednesday, August 4, 2010

Sila bagi saya duster.

Sudah berbulan lamanya aku tidak update belog kesayangan ini. Sepatutnya, semenjak aku tidak lagi aktif menulis diari peribadi aku akan rajin meng update blog ini. Tapi kemalasan tetap berjaya menguasai diri ku. Berhabuk2 tebal seinci kalah debu2 masa kami gotong royong bersihkan hostel kat PLK(Pusat Latihan Klinikal).

Saturday, July 3, 2010

1 Julai 2010

Pada 1 Julai 2010 adalah tarikh bermakna buat kelas ku kerana pada tarikh ini adalah tarikh permulaan latihan amali/praktikal selama setahun sebelum melangkahkan sebelah lagi kaki ke alam pekerjaan.


Ini bermakna 2 tahun sudah berlalu, sejak hari pertama memasuki kolej. Masih ku ingat setiap detik pada pagi hari Selasa, both parent aku menghantar aku pergi mendaftar di kolej ini. Aku masih tidak menyangka bahawa aku sudah belajar di kolej ini selama 2 tahun.Sedikit masa lagi, aku an melangkah keluar menggenggam segulung diploma. Ya, DIPLOMA. bukan DEGREE. namun aku tetap bersyukur. kerana setelah habis belajar. aku tidak perlu bersusaj payah untuk mencari, menyelak surat khabar, searching for vacancies, go for many interviews and waiting for their call whether i got the job or not. Oh man, ianya satu penyeksaan.

Aku bersyukur pada mu Ya Allah, Kau limpahi hambaMu ini dengan kurniaan Mu ini.

Tepat 220 petang, 29 Jun 2010 , aku, Hasmah, Lucy dan Jacintha sampai di Lapangan Terbang Miri. Penerbangan pertama buat Hasmah dan Lucy. Haha. Lucy was so funny when we're on flight. She chewed the chewing gum so fast. She got the petua from HKS.

Pada hari penerbangan aku ke Miri, adalah hari En Zuhaidi admited hospital untuk pembedahan jantung, pada pagi tersebut aku sempat melawat sebelum si Dia menghantar aku ke KIA. Hari yang agak sedih bagi aku, sebab meningglkan keluarga dan orang tersayang. I never thought that i'm so weak. Arghh.. crying! not Again!!!

I tried so hard so that the tears wont come out. but i failed. Ish, this Afiq la yang buat aku nangis. My mama also come. right after mama habis lawatan ke Pustaka. Kesian mama, penat2 trus direct g KIA. Hmm.. I love her so much.

Sampai jak di hostel Pusat Latihan Klinikal (PLK), aku menggeleng2 kepala. WHY?? I wont tell you guys what happened. haha...

Kami membuat gotong royong membersihkan hostel selama 2 hari berturut2, thank God we came early. After gotong royong barula nampak macam hostel sikit. huhu

Pada malamnya, aku tidur dengan nyenyak sekali kerana kepenatan. haha

Hari Rabu, 30 June 2010.
Aktiviti: shopping barang dapur.

ok. nough said. dah ngantok la..

p/s semoga perjalanan aku selama setahun di perantauan ini, dengan penutupan PLK Sri Aman dan aku dicampak ke PLK miri, aku akan mendapat hikmah di sebalik semua kejadian. Coz I'm gonna need it.

Tuesday, June 15, 2010

Date With Dentist

Seumur hidup aku.. aku sebenarnya xtakut akan dentis.


Tidak takut jarum!

Tidak takut scalpel!

Tidak takut suntikan dan sebagainya!

(kenyataan tegas)

7 Jun 2010 lalu. Sehari selepas ulang tahun hari aku lahir, aku umpama mendapat hukuman dari tuhan aku ada date ngan doktor gigi. Doktor Pakar Gigi. Pakar kot. sebab aku g Klinik Pakar Gigi di Hospital Umun Sarawak (HUS). pukul 10 pagi.

Malam sebelumnya, aku macam nak cancel ja date aku ngan dentis tu. takut sangat malu. hihihi Namun atas dorongan dari dalam hati. aku gagahi diri untuk bangun awal pada esok harinya. (padahal xdapat tidur)

Cuaca pada pagi itu sangat cerah, meredakan sedikit perasan malu aku. Berus gigi bersih2 sebelum ada date.(Tips dating)
Malas nak cita pasal yang merepek repek, teruskan fasa menunggu nama dipanggil untuk date tersebut. Terbayang2 cerita2 c philip yang kurang asam pasal masa Minor os Surgery tersebut.

Afiq otw ke sini. harap2 sempat jumpa sebelum aku masuk ke dalam. Tapi sedihnya, sempat.

Ok. tiba masa untuk cerita pasal pembedahan kecil itu.

Doktor perempuan= Yes. and her name Dayang Fadzlina.
Pembantu Pembedahan Pergigian lelaki & nurse perempuan = orang melanau kot.

Aku ingatkan Dr yang len. yang nama Dr. Norsazilla lau xsilap. yang ne mukanya cam muka jiran aku. Tapi 2 2 ne ok. friendly. masa mula2 buat appointment pun Dr norsazilla ne kata muka aku cam kawan dia. dan Dr dyg ne pun ckap benda sama. Entah spa la yang sma muka ngn aku tu.

Dr yang best. hihii mujurla dia yang bedah aku. ker muka aku nampak takut sangat. haha.. balik2 Dr tu tnya, ' Eh, ktk ok ka?' hahaha..

Aku ternampak PPP n Nurse tengah sediakan peralatan pembedahan di sebelah kiri aku, terus terbayang2 muka2 dentist yang ganas2 tengah mengorek2 gigi aku. sekali lagi. thanx to Philip. Lamunan terhenti setelah si PPP melambai2 tangan. Datang pula Dr ne menerangkan prosedur n meminta aku tuk tandatangan satu borang. Ok.

Tunggu lagi sekejap.Cepat-cepatla habis, Mama n Afiq tengah tunggu aku kat luar. Afiq bawa kaktus.hihihi

Dr. itu datang lagi membawa jarum suntikan. Dup!dup!dup! mama... tolong... aku xpernah suma ne.. takut...

Dr tu tanya lagi. 'Ok ka tok? Boh takut. ilek jak'
aku tanya Dr balik ' Boleh ka cancel operate tok? bolehka mun sik operate?' .

Dr jawab ' Mun kitak xbuang nektok. lak nya sakit agik lak. nya tumbuh xcun landasan'

Aku tanya lagi ' Sakit x oh? lamak x oh?'

Dr jawab ' nya penat-penat sikit. mungkin masa kmk mok cabut lak ada la terasa sikit. mek akan buat secepat mungkin.xlamak'

Oh God! make it faster.

Dr suntik aku dengan 3 suntikan. Rasa kebas mula terasa. Dr cucuk-cucuk gusi aku dan bertanya samada masih sakit atau tidak. Aku cuma menggeleng. Dr ambik scalpel.

Eh, sebelum ya, PPP bagi aku shade. haha aku senyum seorang. buruknya shade ya. pake jaklah.P aku da shade dlm beg aku. kacak gik ya.. bleh z aku pake aku pun? boleh la oh..hihihi

Bismillah..
Dr. drill gigi belakang aku, Dr. ambik nth apa bnda ya semacam playar untuk cabut gigi. bgoyang2 kepala aku. setelah sekian lama, ahenya gigi aku pun tercabut. hihi.. xsakit pun. tok ka yang aku takut.. hahaha... Ceh! loba ko ya.. Naaa.. aku nampak gigi bongsu aku kena cabut. berdarah2.. ooooh.. kesian. bolehka aku ambil? simpan? hmm.. p mulut ku terkunci. Sekarang tiba saat untuk jahit gusi yang telah dipotong tadi. hmm.. aku tutup mata. tak sanggup tengok jarum yang bakal menyucuk gusi aku. Adoi!!!

P xlama lepas tu, jeng jeng jeng.. siap dah. i want to say thank you to the Doc. p Dr tu sibuk buat apa tah. Aku pun kuar dengan selamba jayanya. Then i saw my mama with Afiq.. hihihi.. i cant talk much. This Afiq, mok nyelak jak. huh! hihi love him. Dia bawa kaktus yang kami beli hari ahad ya.. haha







Monday, June 14, 2010

Suatu Ketika Dulu.. Long lost friends.


Assalamualaikum WBT.

Pernah kah kamu terfikir kemeriahan zaman kanak-kanak kamu dahulu?

Tentang kenakalan, kekiutan, ke-meher-an, ke-ceridak-an kamu semasa kanak-kanak?

Haha, memang banyak kenangan.
Duduk dari kiri: Mariah, Hafiz Iskandar, Akmaruddin Dodamit, M.Indro, M.Irwan Bungsu, M.Suhaili, Abd Rahman, (unknown), Sahminan, M. Rezzen, Melati.
Barisan ke 2: Nor zalifah, Nursuliana, Fiqa, Hafizah Martin, Areyai Yayai, Siti Khairunnisa, Puan Norpiah, Norhayu Deli, Zirah, Sakinah, Pija, Hafifah, Cikgu Siew (not sure),
Berdiri dari kiri: Ustaz Zakaria, Ckgu Mimah, Norul Ain, Fazilawati, Surudi Bujang, M. Nasrol, (unknown), (unknown), M.Faizal, M. Sufadli, Dyg Siti Zuriah, Serena, Ckgu Zainuddin.


P/s: sja ja bagi bold. selang seli.x bermksd apa.
P/S/S: gambar, kredit to Mariah @mumui. thnx dear.
P/S/S/S: tidak semua aku tau nama. ne pun copy dari mariah.




Gambar tersebut membuat aku teringat kenangan semasa bersekolah di SK MELAYU PUSAT, Limbang. sekolah rendah ku sayang.

INFO: Aku pernah bersekolah di SK Melayu Pusat dari Darjah 1 (1996) hingga 3 (Mac 1998). Kelas HIJAU!

Darjah 1 n 2, kalau tak silap aku, aku menjawat jawatan sangat penting.Sangat2 penting. hahaha.. Sebagai Ketua Kelas. Penting apa? kan... eksyen lebih jak ko tok eh.

" DIAM!!!!! SIAPA BISING TULIS NAMA DI PAPAN HITAM!!!."

Suara ku bergema(terkiak-kaong actually) demi menjalankan tugas, sambil memegang kayu penyapu dan duduk di meja guru mengawasi keadaan kelas. Tunjuk terer kunun. padahal badan paling halus. haha.Jeritan ku kedengaran tiap kali aku yang incharge. Entah siapakah penolong aku masa tu ar??Macam aku sorg conquer. tidak patut.
Di sini juga aku bertemu sahabat ku. Hafizah Martin. I dont know why, tetapi setiap kali balik Limbang, aku akan sentiasa teringat sahabat ini. My first BFF.

Setahun selepas keluarga aku pindah ke Kuching (mac 1998) Keluarga Hafizah turut pindah ke Miri. Semenjak itu, aku tidak lagi mendengar khabar dari nya. Hafizah adalah antara classmate yang aku paling ingat sekali dan seterusnya Mariah.
If i'm not mistaken, kami bertiga selalu bermain sama, rehat bersama, makan mee bungkus.haha. Masa balik, sementara tunggu mama, kami akan bermain di luar sekolah, aku masih ingat aku n hafizah menghantar Mariah pulang ke rumah. p xla smpai ke pintu rumah. Setakat di hujung lorong antara Post Office n sekolah. I dont quiet remember where she lived but aku sangat ingat saat2 itu. melalui sepanjang parit yang bau. haha.. lalu sebelah jak la.. bukan didalam parit.Maok ikut antar Mariah sampai ke rumah sebab mok tauk nya diam cney.P takut mama marah.Hmm.. P Mariah xberapa ingat. tidak mengapa. Hal itu telah lama pun berlalu.

Oh ya. teringat suatu kisah. Masa subjek PJK. satu kelas buat bulatan besar di padang. Sebelum subjek tu, adalah subjek agama.kami belajar pasal aurat. haha.. Alkisah bila disuruh buat bulatan, semua taknak pegang tangan (lelaki n perempuan). haha.. ambil rumput kunun, n pegang stiap hujung. baru mok polah bulatan. hahaha.. Ingat agik kah cdak ngn peristiwa tok.. atau aku sorang jak.Betapa sucinya zaman kanak-kanak dahulu.

Cikgu Norpiah. Oh I LOVE her. Antara cikgu yang aku masih ingat sebab cara mengajar yang cambest dan tulisan yang sangat cantik. She was our class teacher.

Ucapan terima kasih kepada Mariah @ mumui, lau xkerana dia, xla dapat kenal balik classmate lama. Sekian lama aku mencari.terutama nya Hafizah Martin.

Cant type more. Sleepyhead.sambung next time.

Love you guys. karang-karang kalau buat reunion. gtau aku arr.. WAJIB!

Saturday, June 5, 2010

21 Tahun

Assalammualaikum...

Mulai esok aku akan berusia 21 tahun.

21 is a big number.

Ya Tuhanku, aku bersyukur kepada mu kerana masih lagi bernyawa sehingga hari ini. sudah 21 tahun aku hidup di dunia mu ini.

Jika aku pandang ke belakang, kisah-kisah hidup ku zaman sekolah rendah, sekolah menengah, aku tidak menyangka yang kehidupanku menjadi begini. Tidak seperti yang ku bayangkan.

Semenjak kebelakangan ini, aku selalu mencari maklumat mengenai hari kiamat. Pasal Makhluk bernama D*j*l, dan Yakjud Makjud. Ketakutan menguasai diri.Namun keinsafan hanyalah sementara. Ya Tuhan, Ampuni dosa hambamu yang selalu lalai dengan kehidupan dunia yang sementara ini. Kau bukakanla pintu hatiku menuju ke jalan Mu yang benar. Amin..

3 Tahun setengah. Jangka masa yang selalu bermain di benak hatiku.

Thursday, May 20, 2010

Negeri bawah bayu

by tomorrow.. aku terbang ke KK... yeah!





p/s: afiq.. love u always k.

Thursday, May 6, 2010

Past Year Q HSR

Kaedah Penyelidikan

2003

SOALAN 1

a Senaraikan lima teknik pengumpulan data

- Sumber rekod

- Pemerhatian

- Temuduga

- Perbincangan

- Soalan bertulis

b Terangkan dua teknik pengumpulan data

- Sumber Rekod

· Kebaikan (murah-data sudah dikumpul, membenarkan kajian trend masa lalu)

· Keburukan (sukar mendapatkn –isu privacy, maklumat mgkn bias, perubahan dlm cara penyimpanan rekod)

- Pemerhatian

· Kebaikan (Maklumat terperinci, mampu mgumpul maklumat y x dsebut dlm soal selidik, mbenarkn reliability test kpd reson thdp soal selidik)

· Keburukan (pmerhatian bias-pyelidik mgkn hanya akan mperhati apa y menarik padanya, khadiran pyelidik mgkn mpengaruhi keadaan/tindakan y dpantau, rancangan masa depan x dpt diperhatikan).

SOALAN 2

a Terangkan maksud kenyataan masalah

- Merupakan bahagian utama dalam cadangan penyelidikan

- Ianya mentakrifkan latarbelakang tajuk yang dipilih

b Nyatakan empat jenis maklumat yang perlu ada dalam kenyataan masalah

- Penjelasan ttg masalah

- Pentakrifan tentang kepentingan geografi,budaya,agama dan ekonomi yang boleh menyebabkan masalah

- Tingkahlaku populasi yang berkaitan

- Penjelasan ringkas tentang masalah

c Nyatakan lima tujuan kenyataan masalah.

- Menyelesaikan kewujudan tidak tetapan

- Mengenalpasti tidak tetapan yang baru

- Melihat masalah dan memahami masalah

- Memperbaiki masalah

- Membuktikan pandangan dan analisa

2004

SOALAN 1

a Berikan maksud pembolehubah

- Pembolehubah ialah ciri-ciri tentang seseorang, objek atau fenomena di mana ia diukur pada tahap yang berbeza dalam penyelidikan

b Senaraikan tiga objektif kajian

-mencegah pengumpulan data dimana x diperlukan
- memahami & menyelesaikan masalah pengenalpastian
- mengatur apa yg diselesaikan dlm bhgn pmbelajaran yg

jelas @ pengenalan/rangkai kata.

c pmbolehubah yang digunakan dalam sesuatu kajian.

- Dependent variable

- Independent variable

- Confounding variable

d Terangkan secara ringkas tiga pembolehubah tersebut.

- Dependent variable

- pembolehubah yang mengutarakan tentang kesan dan akibat

- Independent variable

- pembolehubah yang menutarakan tentang penyebab

- Confounding variable

- pembolehubah yang mengutarakan tentang faktor-faktor lain

SOALAN 2

a Berikan maksud objektif kajian

- Tujuan tentang projek penyelidikan tentang apa yang harus dicapai melalui pembelajaran

b Berikan jenis-jenis objektif kajian

- Objektif umum

- Objektif spesifik

c Terangkan tiga objektif kajian

- mcegah pgumpulan data y x dperlukan

- memahami & myelesaikan masalah pgenalpastian

-nmgatur apa y dselesaikan dlm bahagian pbelajaran y jelas @ pgenalan / rangkai kata.

2005

SOALAN 1

a. Maksud penyelidikan

-jenis pembelajaran sistematik y berhati-hati, pelajaran y sabar dan pemeriksaan di kwsn y bpengetahuan, memastikan atau menerima fakta dan prinsip.

b. senaraikan 7 langkah mjalankan penyelidikan

-memilih,anlisis dan kenyataan penyelidikan masalah

-literature review

-formulation objektif

-metodologi penyelidikan

-perancangan kajian/ pgumpulan data

-Analisa data dan pentafsiran

-penyebaran perolehan (dissemination of finding)

c. huraikan 1 langkah drpd langkah2 mjlnkn penyelidikan

i) memilih, mganalisis dan kenyataan pyelidikan masalah

-soalan y perlu ditanya, apakah masalah dan kenapa ia perlu dirancang

-perkara y penting dlm langkah ini, mengenalpasti masalah, mgutamakan masalah.

ii) literature review

-penyiasatan @ kajian mdlm utk mcari apa yang dtulis ttg tajuk yg mnarik dlm siasatan

Kepentingan

-cegah penyalinan kerja yg terdahulu
-mbantu utk memahami rancangan masalah pada pnyldkan & blh mnerangkan ttg kenyataan masalah
-mbantu utk mmahami apa arahan tlh diajar & dilapor pd tajuk yg dipilih & mengambil pengiraan dlm rekabtk pmbelajaran
-mberi psamaan dgn pbagai jenis methodologi yg blh dgnakan dlm pmbljrn
-menyediakan alasan dan sbb lain utk menyokong cadangan pnyldkan

iii)formulation objektif

-objektif tentg projek y harus dcapai mll pmbelajaran

-obejektif harus ditutup berhubung dgn kenyataan masalah

-memfokuskan dalm pembelajaran

Mcegah pgumpulan data y dimana x dprlukn

-memahami n myelesaikn masalh y dkenalpasti

-mgatur pyelesaian dlm bhgn pmbelajaran y jelas atau pangkalan data

-merangkumi objektif umum dan objektif spesifik.

iv) metodologi penyelidikan

-tmsk jns study pmbljrn,pembolehubah,sampel populasi,saiz persampelan,teknik
persampelan,sumber data & cara pngmpln data

2006

Soalan 1

a. Terangkan maksud Variable.

-Ciri2 ttg sseorg, objek @ fenomena dmana ia diukur pd tahap yg bbeza dlm pnyelidikan. Cth:-sex-lelaki, perempuan. Kepercayaan-kristian, islam, buddha. Ketinggian-pendek, tinggi @ 4ft, 5ft. Keberatan-berat @ 50kg, 80kg. Pkerjaan, phasilan, kelas sosial, index khalayak / ramai(crowd)

b. Nyatakn 4 jenis teknik pgumpulan data dan nyatakan 2 kebaikan dan kelemahan bagi setiap teknik.

i) Temubual Kebaikan(sesuai bg responden y buta huruf, pnerangan mgenai soalan blh dilakukan, tahap responden y lbh drpd pgunaan borang soal selidik). Keburukan(khadiran pyelidik mpengaruhi respon dan tindakan responden, rekod kejadian kurang sempurna berbanding kaedah pemerhatian –merekodkan hanya apa y responden rasa/percaya)

ii) Borang soal selidik-isi sendiri, Kebaikan(x perlu pembantu pyelidik mgendalikan, x bias dlm btanyakan soalan berlainan, anonymity-respon lbh jujur)

Keburukan(x dpt djalankn kpd responden y buta huruf, kadar respon rendah, soalan mungkin disalahfaham)

iii) Perbincangan kumpulan sasar

Kebaikan (membrikan maklumat kualitatif y mdalam mgenai konsep, persepsi dan idea skumpulan individu)

Keburukan (peseta malu-malu, peserta yang mendominasi)

iv) Skala Kecil-Temubual fleksibel

Kebaikan (maklumat tambahan blh ddapatkn melalui pemerhatian)

Keburukan (Pemerhati bias,-jika maklumat tidak djadualkn, sukar melakukan analisis piawai)

v) Skala Besar-Temubual tetap

Kebaikan (Mudah dianalisa)

Keburukan (Mudah untuk tertinggal maklumat y penting)

Soalan 2

a. Berikan definasi persampelan

Persampelan merupakan proses pemilihan individu untuk populasi kajian.

b. Bincangkan 2 jenis persampelan kebarangkalian.

i) Pesampelan rawak mudah

- mpastikan stiap unit dlm senarai populasi mpunyai peluang y sama utk dpilih sbg sampel

-mgunakn jadual nombor rawak utk pemilihan unit.

ii) Persampelan sistematik

-kaedah memilih individu dlm senarai dgn cara y sistematik.

-cth: indvdu bil ke 10 – 10, 20, 30, 40.........

iii) Persampelan strata

-proses memilih kumpulan dan bukannya unit indivdu sbg sampel

- cth: kajian kualiti air di sbuah daerah y mpunyai pduduk 20000 org. (20% urban, 80% rural) di jangkakan kualiti air urban lbh baik. Persampelan=100 rumah urban, 200 rumah rural.

Formatif 2006

1. A berikan maksud gelintaran sastera

-pyiasatan mendalam utk mcari apa y dtulis tentang tajuk yang menarik dalam siasatan.

B senaraikan 3 sebab mengapa ia penting

-cegah penyalinan kerja yg terdahulu
-mbantu utk memahami rancangan masalah pada pnyldkan & blh mnerangkan ttg kenyataan masalah
-mbantu utk mmahami apa arahan tlh diajar & dilapor pd tajuk yg dipilih & mengambil pengiraan dlm rekabtk pmbelajaran
-mberi psamaan dgn pbagai jenis methodologi yg blh dgnakan dlm pmbljrn
-menyediakan alasan dan sbb lain utk menyokong cadangan pnyldkan

C terangkan 3 peringkat pencarian gelintaran sastera

-Antarabangsa, negara n tempatan

-sumber maklumat mgkn dirujuk dari ‘denominator search’ iaitu mencari maklumat2 y valid n releven, production of a citation list.

-these source maybe classified as: people unpublished sources, published sources, machine source and others.

2. A terangkan maksud penyelidikan

-jenis pembelajaran sistematik y berhati-hati, pelajaran y sabar dan pemeriksaan di kwsn y bpengetahuan, memastikan atau menerima fakta dan prinsip.

B senaraikan 7 langkah dlm memulakan penyelidikan

-memilih,anlisis dan kenyataan penyelidikan masalah

-literature review

-formulation objektif

-metodologi penyelidikan

-perancangan kajian/ pgumpulan data

-Analisa data dan pentafsiran

-penyebaran perolehan (dissemination of finding)