Friday, August 27, 2010

Hari -hari yang berlalu..

Habis sudah minggu attach dengan unit KPAS bersama Cik Farah. Minggu yang penat, tapi berbaloi. banyak yang kami pelajari. Cik Farah juga banyak memberi tips jika dah kerja nanti.


Terus terang aku katakan aku sangat suka akan gaya Cik Farah. First impression semacam sombong, tapi sekarang, aku semakin senang dengan gayanya. yala.. Dont judge a book by its cover.

Sebelum unit KPAS kami attach dengan unit CDC. Staf-staf yang sangat cambest. Kalau aku posting sini, boleh aku apply unit CDC ke? Heeee... Antara unit yang paling happening di pkb ini. (memangla, unit CDC yang kami first attach. belum tahu keadaan unit lain lagi kan.)

Hari ini, 27 Ogos 2010, tinggal beberapa hari lagi Hari Kemerdekaan Malaysia tercinta, namun, aku langsung tidak merasa bahang merdeka tahun ini. Macam lenyap dek sambutan raya.

Saturday, August 21, 2010

Sudah hari ke berapa ek?

Aku perasan akan cara aku menulis entri aku kadang-kadang agak berlainan, mungkin aku masih tercari-cari stail sendiri, identiti sendiri.

Hari ini adalah hari ke sebelas umat Islam menunaikan ibadat puasa. Aku, masih lagi dapat berpuasa dengan tabah tanpa keuzuran, Alhamdulillah. Ini bermakna,

8 September 2010
- 21 Ogos 2010
_________________
18 hari
_________________


Hehe, mama tunggulah kepulangan anakanda ya. Miss and Love you!!

P/S mama, lama sudah mama tidak online.
P/S/S Aku belum tulis entri pasal 13 Ogos 2010. kejadian yang hampir meragut nyawaku. (tak tipu punya).

update: sudah tulis. hee. layan~

Wednesday, August 18, 2010

Syukur Alhamdulillah

"Ya Allah Ya Tuhan ku, hambaMu yang lemah lagi tidak berdaya ini sangat-sangat bersyukur ke atas Mu kerana masih lagi memberi peluang untuk aku hidup di dunia ini. Ampunkan dosa ku kerana lalai, alpa dan lupakan Mu. Amin"

Aku baru ada kesempatan untuk menulis entri pasal kejadian yang hampir meragut nyawa aku dan roomate ku.


13 Ogos 2010
Tarikh bersejarah bagi kami berempat pelatih perempuan PPKP PLK Miri. Malam itu, aku rasa rajin betul nak update blog. banyak pulak entri aku pada malam tersebut dan hari2 sebelumnya. Tapi awal pula aku mengantuk. Selalunya aku akan tidur akhir. Roomate aku pun tetiba ja cam tidur awal.

Aku merasakan tidur aku agak terganggu, dengan bunyi handfone si Hasmah yang jatuh, bunyi minyak angin jatuh dari katil. Tapi buat derk ja la..malas nak bangun pergi ambil.Aku tengok jam kat handfon aku. pukul 1258 am. Dalam keadaan mamai, aku ternampak Hasmah terbangun juga akibat bunyi handfon dan botol minyak angin yang jatuh tadi.Tapi cam aku juga, buat derk ja. Kacau tidur ja kan. Sambung tidur balik. =.=" Cepat ja terlena.

Tiba-tiba Hasmah menjerit memanggil namaku. Terkejut betul aku. *Sniff* Bau asap! Api! aku nampak kaler kuning kat tingkap. berdekatan katil aku. (jarak 2 langkah) Pahal ada api ne? Siapa yang main api kat luar ne? Dalam otak aku yang masih mamai ne, aku ingat api tu kat luar tingkap. Dengan sepantas kilat, aku pergi ke bilik mandi, ambil air sebaldi sambil menjerit2 minta tolong angkat baldi dan terus keluar hostel melalui pntu di dapur pergi ke belakang bilik untuk padam api.

Aik! mana api tu? OMG! rupa2nya api berada dalam bilik. Camna la otak dalam kepala aku boleh salah tafsir? Cepat2 bawa baldi masuk ke dalam bilik untuk padam kan api.

Syukur! Tuhan masih sayang. Api dapat dikawal dan dipadam. Aku meneliti tingkap tersebut, kenapa jaring tingkap mcam kena toreh, koyak? kenapa tiba2 ada api sedangkan jauh dari segala sumber api, elektrik? Terasa kaki ku menggeletar, airmata yang nak keluar ku tahan.

Aku jerit kat roomate aku agar kunci semua pintu dan tutup langsir. Ini adalah perbuatan khianat. Ada orang sengaja nak bakar hostel. Dalam kepala ku terbayang wajah2 yang aku sayang, sempatkah aku berjumpa lagi dengan diaorang?( masa aku taip ne pun, aku masih terasa ngeri)

Dengan asap yang masih tebal, kami berkurung. Macam b*d*h ja berkurung dalam bilik. Lemas disebabkan asap baru korang tau.! bukan apa, aku takut! Sangat2 takut!

Aku capai handfon. Aku kol no philip. Please, jawab kol ne. Aku kol 2 kali, baru ada jawapan. Suara aku menggeletar. Aku hanya mampu berkata ' tolong turun bawah.ada emergency!cepat!Bawa semua orang!'

Kami tunggu kedatangan dorang dengan penuh debar. Tok! Tok! Tok! pintu bilik di ketok. Syukur! Dorang datang. Hairan dengan asap yang tebal, Terus gitau apa yang berlaku.

Kol En Yong. Pergi balai polis. Buat laporan. Dari kejadian, sampai ke pagi aku tidak tidur. kerana takut. Entah siapa yang buat onar.

Baru sebulan kami di sini.Entah siapa yang dengki ne? Tuhan, tolong lindungi kami selalu. Amin.




P/s Masa kejadian adalah malam yang sama kebakaran di Taman Selera Miri.

Thursday, August 12, 2010

crap

macam tiap hari dah aku update blog ne. tapi tu la.. nonsense and crap things. patutla tak banyak follower. tapi aku tak kisah, bukan aim aku untuk buat blog.

Catatan harian

Kepada blogku sayang,


Pada pagi ini aku bangun tepat pukul 3.30 pagi tanpa bantuan loceng. Aku merasa bangga dngan diriku sebentar. Seperti biasa aku akan membuat wake up call untuk Afiq. Terdetik di hati, agaknya begini la keadaan mama ku sayang bangun pagi2 untuk menyediakan makanan untuk sahur ketika aku sedang lena dibuai mimpi. Mama, love you.

sambung tidur.

Ya. aku tahu, buruk perangai kan.



Bangun pagi itu pun lambat juga. Kenapa la, sangat mengantuk pagi2. liat betul mahu bangun.

Selesai bersiap, turun ke PKB untuk punch card. Aku malas tol la nak punch card ne. takpa, anggap jak ada hikmah.

Aktiviti yang dijangka akan berjalan pada hari ini adalah Sebutan Kes di mahkamah dan taklimat daripada unit TB oleh PPKP Awang Alwi.

Kami, pelatih PPKP, dijemput untuk memerhati sebutan kes Jab. Kshatan VS XXXXX ( dirahsiakan).

Aku menunpukan sepenuh perhatian semasa sebutan berlangsung. Penting ne, manatau tup tup posting pegang unit UIP(unit inspektorat dan perundangan). Kelak kena kutuk senior tak tahu buat kerja. ijo muka.

Berdasarkan pemerhatian aku, prosedur memang tidak jauh beza daripada apa yang kami praktik kan semasa di kolej. ada kerani, jurubahasa, hakim dan pegawai pendakwa. Cuma tidak ada pembantu pegawai pendakwa. turut hadir bersama kami adalah KPPKP Yang dan PPKP Suhaimi serta tauke kedai makanan yang kami lawan dan sahabat handai dia.

Kesalahan pertama bagi pihak didakwa. di denda sebanyak RM4k dibawah Akta Makanan 1983 Seksyen 13.

Banyak persoalan bermain di fikiran ku. Opkos semuanya berkaitan dengan kes ini. Simpan dulu soalan.


Kalau aku, mesti dah bergegar kepala lutut kalau aku jadi pegawai pendakwa. macam2 tuan hakim tu tanya. Dalam English. dahla laju. Aku boooleh paham. tapi takut tersalah tangkap maksud soalan yang disoal. Kalau ada lagi peluang macam ini. Alhamdulillah.


Wednesday, August 11, 2010

Shooting Stars

Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now


P/s Felt so empty.

Hari Pertama

Semasa malam sebelum hari pertama, mcam2 sudah aku pasang niat untuk kurangkan bercakap (tambahan mulut bau), kurangkan ketawa, kurangkan tidur. Tetapi, hmmmphh.. Selagi ada Celestine dan shaheery, habislah.. tapi aku rasa memang ada kurang sedikitlah.

Tak pa, esok boleh cuba lagi.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan

Ramadhan datang lagi. Bermakna kurangla aktiviti makan, mengumpat, ketawa, bercakap di siang hari. huhu.


Selamat Berpuasa kepada semua Umat Islam... Mudahan mendapat keberkatan dari Nya yang Maha Berkuasa

Thursday, August 5, 2010

Today was a fairy tail

Aku suka tulis tajuk English tapi last-last isi kandungannya dalam melayu. Mesti annoying kan kepada orang yang membaca.


ok. the end.

Ketenangan Jiwa

Pada malam ini, aku rasa sebak sangat. Dahla lagu yang kuar kat laptop yag sedih2 berkumandang.. Kebanjiran mata aku.


Ingin aku meluah rasa rindu ku pada orang2 yang aku sayang. betapa rindu nya aku pada diaorang. Tuhan jak tahu rasa jiwa lara ne.

YA Tuhan, bantu hamba Mu ini dalam menerukan kehidupan di perantauan ini.Berikanlah ketenangan kepadaku. Aku amat memerlukannya.Aku mohon sangat ya Tuhan..Amin.

aiyaa.. congek da jak.

Wednesday, August 4, 2010

Sila bagi saya duster.

Sudah berbulan lamanya aku tidak update belog kesayangan ini. Sepatutnya, semenjak aku tidak lagi aktif menulis diari peribadi aku akan rajin meng update blog ini. Tapi kemalasan tetap berjaya menguasai diri ku. Berhabuk2 tebal seinci kalah debu2 masa kami gotong royong bersihkan hostel kat PLK(Pusat Latihan Klinikal).