entah apa la makna mimpi tu kan.
Orang tua- tua cakap kalau mimpikan ular, pastu ular tu patuk kita, ada orang nak datang masuk meminang. Haha, habis ular yang aku mimpi tu lari bila nampak aku. Maknanya tak jadi la orang datang nak masuk meminang? gitu? Hanya Allah swt sahaja yang Maha memahami , samada mimpi tersebut petunjuk atau sekadar mainan tidur.
Tengok kalendar, hari ini bertarikh 2 September 2010. tak lama lagi aku balik rumah terchenta. Menemui keluarga, kawan tersayang dan kancel terchenta. hihi..
Raya kali ini semacam lebih bermakna kepadaku. Aku merasakan yang aku harus menghargai raya kali ini. Kalau nak difikir2kan, Insya Allah tahun depan aku dah mulai masuk ke alam pekerjaan. Manala tahu susah nak dapat cuti. Beraya di perantauan. Kan ke sedih..
Semoga cuaca pada raya kali ini mengizinkan kami beraya dengan kering. Amin.
Selamat Hari Raya semua!!!


