Thursday, August 12, 2010

Catatan harian

Kepada blogku sayang,


Pada pagi ini aku bangun tepat pukul 3.30 pagi tanpa bantuan loceng. Aku merasa bangga dngan diriku sebentar. Seperti biasa aku akan membuat wake up call untuk Afiq. Terdetik di hati, agaknya begini la keadaan mama ku sayang bangun pagi2 untuk menyediakan makanan untuk sahur ketika aku sedang lena dibuai mimpi. Mama, love you.

sambung tidur.

Ya. aku tahu, buruk perangai kan.



Bangun pagi itu pun lambat juga. Kenapa la, sangat mengantuk pagi2. liat betul mahu bangun.

Selesai bersiap, turun ke PKB untuk punch card. Aku malas tol la nak punch card ne. takpa, anggap jak ada hikmah.

Aktiviti yang dijangka akan berjalan pada hari ini adalah Sebutan Kes di mahkamah dan taklimat daripada unit TB oleh PPKP Awang Alwi.

Kami, pelatih PPKP, dijemput untuk memerhati sebutan kes Jab. Kshatan VS XXXXX ( dirahsiakan).

Aku menunpukan sepenuh perhatian semasa sebutan berlangsung. Penting ne, manatau tup tup posting pegang unit UIP(unit inspektorat dan perundangan). Kelak kena kutuk senior tak tahu buat kerja. ijo muka.

Berdasarkan pemerhatian aku, prosedur memang tidak jauh beza daripada apa yang kami praktik kan semasa di kolej. ada kerani, jurubahasa, hakim dan pegawai pendakwa. Cuma tidak ada pembantu pegawai pendakwa. turut hadir bersama kami adalah KPPKP Yang dan PPKP Suhaimi serta tauke kedai makanan yang kami lawan dan sahabat handai dia.

Kesalahan pertama bagi pihak didakwa. di denda sebanyak RM4k dibawah Akta Makanan 1983 Seksyen 13.

Banyak persoalan bermain di fikiran ku. Opkos semuanya berkaitan dengan kes ini. Simpan dulu soalan.


Kalau aku, mesti dah bergegar kepala lutut kalau aku jadi pegawai pendakwa. macam2 tuan hakim tu tanya. Dalam English. dahla laju. Aku boooleh paham. tapi takut tersalah tangkap maksud soalan yang disoal. Kalau ada lagi peluang macam ini. Alhamdulillah.


No comments: