Saturday, February 19, 2011

Sort of

I dont live my life to the fullest right now.

Monday, February 7, 2011

Naah

I dont want to read your's again. Not anymore.

Sunday, February 6, 2011

Test Av anda.

Untuk memeriksa sekiranya anti-virus anda berfungsi dengan baik.

Copy kod di bawah di dalam notepad.

X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*

Kemudian save as fakevirus.exe atau eicar.com (kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama)

Sekiranya anti virus anda updated atau berfungsi, ia akan memberi amaran segera kepada anda dengan arahan tertentu atau terus didelete file itu. Bagi mereka menggunakan Avira Anti Virus, seperti saya, pc anda akan berbunyi dan ada arahan untuk anda memdeletenya. So my anti virus berfungsi.
Kalau tiada detection atau anti virus anda buat dek,bermakna anti virus anda tidak updated atau 'tidur'. Mula updated anti virus anda atau cari anti virus baru.

File eicar.com diwujudkan untuk keselamatan. Ia bukan virus. Ia adalah satu ujian standard yang dibangunkan oleh Penyelidikan Anti Virus Komputer untuk Insitut Eropah (EICAR). Semua produk anti-virus diprogram untuk mengesan file ini seperti kelihatan virus sebenar. Kerana itu, anda boleh dengan selamat mengujinya sama ada untuk menentukan anti virus anda berfungsi, tanpa bimbang ia akan menjangkiti komputer anda.

Sekiranya anti virus anda tidur dan file ini tidak didelete, anda usah risau, ia tidak akan merosakkan pc anda dan sekiranya mahu mendelete file ini. Anda boleh sama ada menggunakan cara manual, drag ke thrash bin atau open task manager (ctrl-alt-delete) dalam satu masa, click pada bahagian processes (sebelah application kat atas tu) kemudian cari program atas nama tadi (fakevirus.exe), click sekali (bold) pada program itu dan click end process kat bawah tu.Click ya untuk alihkan dari aktif atau dlm English (yes this should remove it from being active).


Credit: Syok.org

Monday, January 10, 2011

Pepatah

"Nak menulis untuk berkongsi, takda apa yang menarik untuk dikongsikan.
Nak menulis untuk memotivasi, aku sendiri pun tak termotivasi."

Sunday, December 5, 2010

Disember 2010

Sudah sampai ke penghujung tahun 2010.

Apa yang terjadi pada bulan ini?

Isteri anjang meninggalkan kami buat selamanya.Al Fatihah.
Rombongan dari Kg Buangsiol, Limbang ke Kuching.
Birthday Nor Aqidah Haris
Birthday Abd Raqib Piee
Pindah rumah.

Hari-hari aku berangkut barang. pergi pagi balik petang. sangat penat.Harap-harap boleh la siap semua sebelum aku pergi Miri bulan Jan ne.
Aku telah memvarnishkan kerusi dan meja yang diberi oleh bu' suraya. haha... macam baru la sekarang. aku nak kaler cam dark choc, supaya nampak cam balinese sikit. p haha.. entahla. biarla..



Kelmarin, aku, bapa, mama, bu' not pergi ke Sri aman melawat famili anjang. Semoga roh mak anjang dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang beriman. Amin.

mak anjang meninggal kerana kanser servik. Lambat dikesan, doktor tak mampu membuat apa-apa lagi.




P/s layan jerla apa yang aku tulis. haha
p/s/s Aku telah merancang satu plan untuk Febuari. hmm..

Sunday, October 24, 2010

Bosan

Kelmarin, hari ini sangat boring. exam tinggal beberapa minggu saja lagi. Masih takda hati nak belajar.


Blog ne pun cam dah bersawang-sanwang tak di update. Dan aku juga malas nak berjalan ke blog lain. hati sudah terbang ke kuching. Cuma badan saja belum.

Kelmarin, aku berperang dengan anak cik siti di dalam bilik mandi.Berlari-lari ke dapur-bilik mandi-jamban-dapur-jamban. huh. anak cik siti ne memang nak carik nahas. last-last anak cik siti menerima ajal, dan aku semadi kan terus. huh. itu la.. cari pasal.

cerita yang amat boring. report ada 2 belum buat. daa..

Thursday, September 2, 2010

Ular Silver dan Raya


Masa Subuh tadi aku bermimpi kan 2 ekor tedung kaler silver. Eh, adake ular kaler silver? 2 Ekor ular tu semacam nak mengawan. Haha. Tapi bila aku lalu, 2 ekor tu marah kan aku terus lari.
entah apa la makna mimpi tu kan.

Orang tua- tua cakap kalau mimpikan ular, pastu ular tu patuk kita, ada orang nak datang masuk meminang. Haha, habis ular yang aku mimpi tu lari bila nampak aku. Maknanya tak jadi la orang datang nak masuk meminang? gitu? Hanya Allah swt sahaja yang Maha memahami , samada mimpi tersebut petunjuk atau sekadar mainan tidur.

Tengok kalendar, hari ini bertarikh 2 September 2010. tak lama lagi aku balik rumah terchenta. Menemui keluarga, kawan tersayang dan kancel terchenta. hihi..

Raya kali ini semacam lebih bermakna kepadaku. Aku merasakan yang aku harus menghargai raya kali ini. Kalau nak difikir2kan, Insya Allah tahun depan aku dah mulai masuk ke alam pekerjaan. Manala tahu susah nak dapat cuti. Beraya di perantauan. Kan ke sedih..

Semoga cuaca pada raya kali ini mengizinkan kami beraya dengan kering. Amin.


Selamat Hari Raya semua!!!



Friday, August 27, 2010

Hari -hari yang berlalu..

Habis sudah minggu attach dengan unit KPAS bersama Cik Farah. Minggu yang penat, tapi berbaloi. banyak yang kami pelajari. Cik Farah juga banyak memberi tips jika dah kerja nanti.


Terus terang aku katakan aku sangat suka akan gaya Cik Farah. First impression semacam sombong, tapi sekarang, aku semakin senang dengan gayanya. yala.. Dont judge a book by its cover.

Sebelum unit KPAS kami attach dengan unit CDC. Staf-staf yang sangat cambest. Kalau aku posting sini, boleh aku apply unit CDC ke? Heeee... Antara unit yang paling happening di pkb ini. (memangla, unit CDC yang kami first attach. belum tahu keadaan unit lain lagi kan.)

Hari ini, 27 Ogos 2010, tinggal beberapa hari lagi Hari Kemerdekaan Malaysia tercinta, namun, aku langsung tidak merasa bahang merdeka tahun ini. Macam lenyap dek sambutan raya.

Saturday, August 21, 2010

Sudah hari ke berapa ek?

Aku perasan akan cara aku menulis entri aku kadang-kadang agak berlainan, mungkin aku masih tercari-cari stail sendiri, identiti sendiri.

Hari ini adalah hari ke sebelas umat Islam menunaikan ibadat puasa. Aku, masih lagi dapat berpuasa dengan tabah tanpa keuzuran, Alhamdulillah. Ini bermakna,

8 September 2010
- 21 Ogos 2010
_________________
18 hari
_________________


Hehe, mama tunggulah kepulangan anakanda ya. Miss and Love you!!

P/S mama, lama sudah mama tidak online.
P/S/S Aku belum tulis entri pasal 13 Ogos 2010. kejadian yang hampir meragut nyawaku. (tak tipu punya).

update: sudah tulis. hee. layan~

Wednesday, August 18, 2010

Syukur Alhamdulillah

"Ya Allah Ya Tuhan ku, hambaMu yang lemah lagi tidak berdaya ini sangat-sangat bersyukur ke atas Mu kerana masih lagi memberi peluang untuk aku hidup di dunia ini. Ampunkan dosa ku kerana lalai, alpa dan lupakan Mu. Amin"

Aku baru ada kesempatan untuk menulis entri pasal kejadian yang hampir meragut nyawa aku dan roomate ku.


13 Ogos 2010
Tarikh bersejarah bagi kami berempat pelatih perempuan PPKP PLK Miri. Malam itu, aku rasa rajin betul nak update blog. banyak pulak entri aku pada malam tersebut dan hari2 sebelumnya. Tapi awal pula aku mengantuk. Selalunya aku akan tidur akhir. Roomate aku pun tetiba ja cam tidur awal.

Aku merasakan tidur aku agak terganggu, dengan bunyi handfone si Hasmah yang jatuh, bunyi minyak angin jatuh dari katil. Tapi buat derk ja la..malas nak bangun pergi ambil.Aku tengok jam kat handfon aku. pukul 1258 am. Dalam keadaan mamai, aku ternampak Hasmah terbangun juga akibat bunyi handfon dan botol minyak angin yang jatuh tadi.Tapi cam aku juga, buat derk ja. Kacau tidur ja kan. Sambung tidur balik. =.=" Cepat ja terlena.

Tiba-tiba Hasmah menjerit memanggil namaku. Terkejut betul aku. *Sniff* Bau asap! Api! aku nampak kaler kuning kat tingkap. berdekatan katil aku. (jarak 2 langkah) Pahal ada api ne? Siapa yang main api kat luar ne? Dalam otak aku yang masih mamai ne, aku ingat api tu kat luar tingkap. Dengan sepantas kilat, aku pergi ke bilik mandi, ambil air sebaldi sambil menjerit2 minta tolong angkat baldi dan terus keluar hostel melalui pntu di dapur pergi ke belakang bilik untuk padam api.

Aik! mana api tu? OMG! rupa2nya api berada dalam bilik. Camna la otak dalam kepala aku boleh salah tafsir? Cepat2 bawa baldi masuk ke dalam bilik untuk padam kan api.

Syukur! Tuhan masih sayang. Api dapat dikawal dan dipadam. Aku meneliti tingkap tersebut, kenapa jaring tingkap mcam kena toreh, koyak? kenapa tiba2 ada api sedangkan jauh dari segala sumber api, elektrik? Terasa kaki ku menggeletar, airmata yang nak keluar ku tahan.

Aku jerit kat roomate aku agar kunci semua pintu dan tutup langsir. Ini adalah perbuatan khianat. Ada orang sengaja nak bakar hostel. Dalam kepala ku terbayang wajah2 yang aku sayang, sempatkah aku berjumpa lagi dengan diaorang?( masa aku taip ne pun, aku masih terasa ngeri)

Dengan asap yang masih tebal, kami berkurung. Macam b*d*h ja berkurung dalam bilik. Lemas disebabkan asap baru korang tau.! bukan apa, aku takut! Sangat2 takut!

Aku capai handfon. Aku kol no philip. Please, jawab kol ne. Aku kol 2 kali, baru ada jawapan. Suara aku menggeletar. Aku hanya mampu berkata ' tolong turun bawah.ada emergency!cepat!Bawa semua orang!'

Kami tunggu kedatangan dorang dengan penuh debar. Tok! Tok! Tok! pintu bilik di ketok. Syukur! Dorang datang. Hairan dengan asap yang tebal, Terus gitau apa yang berlaku.

Kol En Yong. Pergi balai polis. Buat laporan. Dari kejadian, sampai ke pagi aku tidak tidur. kerana takut. Entah siapa yang buat onar.

Baru sebulan kami di sini.Entah siapa yang dengki ne? Tuhan, tolong lindungi kami selalu. Amin.




P/s Masa kejadian adalah malam yang sama kebakaran di Taman Selera Miri.