Awalnya aku buat greeting selamat datang. Padahal ada 3 minggu lagi nak balik. Tapi takpe, keputusan temuduga Latihan Separa Perubatan dah kuar kan. Tentu ada kejadian seperti ini:
- Gambar pasport selalunya dia minta 10 keping. tapi make sure bawa lebih.
- Salinan Sijil dan Sijil berkenaan.
- Sarung bantal dan katil,tak kisah kaler apa.jangan skema sangat nak ikut kaler putih juga. (bawak yang jenis single bed ya.bukan King atau Queen Size)
- Duit yuran secukupnya.(ada dinyatakan dalam surat tawaran. Masa aku daftar adalah aku sedia dalam RM500.Kalau boleh bayar full supaya tidak ada timbul kekeliruan kemudian hari.
- Lelaki sila potong rambut pendek sependeknya. kamu akan bersyukur jika ikut saranan saya ini.
- Pakaian semasa mendaftar.yang sopan cukup la. takyah la pakai uniform di awal ari tu.
- Uniform? Baju kemeja putih lengan panjang. Seluar/ skirt (girls only.better pakai seluar) slack hitam. Necktie hitam.Muslimah diwajibkan pakai tudung putih.
- Sedia dari segi mental dan fizikal secukupnya. Jangan banyak songeh. Aku punya klas-met, baru pas operation satu minggu kat perut, tetap tabah menjalani orientasi yang cukup mencabar dan menduga hati.
- Sedia stokin panjang. I REPEAT. STOKIN PANJANG. stokin bola pun bolehla..
- Muslimah diwajib pakai tudung sepanjang orientasi.
- Baldi jangan lupa bawa. tapi jangan bawa baldi ja, x bawa gayung.
- Kalau berjalan lancar.. orientasi anda akan jadi enjoyable macam yang terjadi kat aku.



