Pada 28 Mac 2008, KSKB Kuching telah mengadakan Festari 2009 antara kolej-kolej kementerian kesihatan M'sia kawasan berdekatan Kuching ja.
Pasukan dari KJMS dan KSKB mnghantar 2 pasukan dari kolej masing2.
Pasukan kami memenangi Koreografer Terbaik dan sekaligus Johan. Hadiah nya adalah wang tunai bernilai RM *** dan Trofi.
Johan juga dijemput untuk membuat persembahan untuk Dinner KSKB yang akan diadakan di hotel 5 bintang baru di roundabout BDC.
Cukup dengan intro formal keh. Sebelah siangnya pihak KKAK juga ada menghantar pasukan untuk bermain futsal di Samarahan. Penganjur yang sama dengan pertandingan haritu.
Ada pasukan lelaki dan wanita. Aku xmen sangat masa tu. Pasukan kami terdiri daripada ( Carol, Cindy, Definny, Jessica, Hasmah, Ednna, Nur Anira, Lucy dan aku sendiri).
Pada pertandingan kali ni, aku merasa cuak. (kejujuran?wakaka..!) dan akhirnya kami masih mendapat tempat kedua daripada 16-18 pasukan wanita. dan ternyata johan nya memang bukan calang-calang orang.
Tahniah kepada D Onco kerana dapat mengekalkan kejuaraan mereka. Aku x ingat brapa mekorg kalah aritok tek.
WTFooo.. aku mencampur adukkan bahasa. paham- paham sendiri la..
Pukul 6 lebih barula kami sampai di KKAK. pukul 7 kena bersiap untuk turun pegi KSKB. 1 jam ja mo bersiap. Haruska??
xpa.aku meamng terer dalam mandi secepat mungkin nih.dalam 5 minit la.Kalau aku cakap aku mandi 3 minit ja.. nampak sangat la siram badan sekali , sapu sabun.. siram lagi sekali.eh macam xsampai 1 minit pun lau cmni. huhuhuhuhu
tapi yang penting di sini aku memang mandi bersih.cukup prosedur nya.
pergi KSKB menggunakan bas kolej. hmm... aku paksa hasmah ikut sekali. bukan apa.. aku terlibat dalam membantu persembahan mereka ni. aku yang bagi buluh, shield n parang(xtauk namanya eh.xingat).
Hasmah beri lilin. that's why aku n hasmah mesti pegi. Nasib bek acara belom bermula...
oh ya.. mereka juga turut mengikuti Program Earth Day . Hanya sekadar lampu malap selama berbelasan minit. wakaka..
tutup la lampu ... xpala.
Pasukan kami adalah pasukan yang terakhir akan mengadakan persembahan.
aku nak komen persembahan lain, aku bukannya terer sangat.. tapi aku tau yang mana bagus n yang mana x bagus.
Pasukan KSKB yang bernama 'The New Born' mempersembahkan tarian bertajuk 'Rampaian Tradisional' sort of... aku pun xingat.
Memang Superb jugala.. kalau di antara tarian yang dipertandingkan pada malam ni.
Yang len.. hm.. entahla.
Okeh.. apa tgu lagi... check it out!!! Layan.. ZAssssss!!!
So? How? ada okey ka? rasanya ok la.. coz.. tarian di cipta oleh Encik Nawi sendiri.
Tarian bertajuk ' Misom Puru' bermaksud kepelbagaian bla..bla..
Saturday, June 6, 2009
Festari Anjuran KSKB Kuching
Yang disertai oleh KJM Serian, KSKB, KKAK dan.. pasukan jemputan iaitu ICATS.
Labels:
KKAK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment