Sunday, December 13, 2009

Diriku sebenar

Kadang-kadang, bila aku baca balik coretan ku dalam hamparan ini aku merasakan seolah-olah bukan aku yang menekan-nekan papan kekunci menaip coretan tersebut. seolah-olah itu hanyalah yang aku nak pembaca baca sahaja.Bukan luahan hatiku sebenar.


Tapi bukanlah bermakna aku menipu dalam penulisan aku. Aku merasakan sebegini kerana, hamparan ini tidak memaparkan keseluruhan tentang diriku yang sebenar. coretan yang terlakar di sini hanyalah sebahagian hidup ku. Mungkin setengah dari diriku. Oh, tidak, muungkin kurang suku dari sebahagian hidupku. Aku tidak mencoret kesemua yang berlaku terhadapku disini. Ada yang terlalu sulit untukku paparkan disini.Ada yang terlalu malas untukku coret kerana ceritanya terlampau panjang. Kadang-kadang hanya jika aku sedih sahaja aku terbuka hati untuk mengupdate hamparan ini( BLEH, ingatkan nak tulis penuh dengan bahasa tercinta.terselit juga bahasa penjajah). Hanya apabila aku marah, sedih, mencari-cari untuk ku luahkan perasaan tersebut.

p/s jum layan matihidupkembali

No comments: