Friday, September 4, 2009

Malaysia Oh Malaysia ku?

Agaknya belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Merdeka Ke 52 Kepada Malaysia terchenta. Semua maklum Sabah, Sarawak dan Brunei turut mendapat kemerdekaan pada tahun 1963 apabila join sekaki bersama Tanah Melayu membentuk Malaysia. Dan Brunei mengambil keputusan untuk keluar dari Malaysia 2 tahun berikutnya.


Setiap kali hari merdeka aku selalu mengimbau kembali merdeka tahun 2006. Perayaan merdeka peringkat kebangsaan di sambut di Kuching. kali ke 49. best....

nough bout that. ok tukar topik. Sebenarnya aku nak blog pasal satu kenyataan yang selalu terdengar di kaca tv, radio. Parent aku la selalu juga yang semacam tidak puas hati.Jadi aku pun terikut2 sekali. Tapi bila difikir-fiki.. kenapa mesti cakap macam tu kan..

kenyataan tersebut adalah
"Seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak... "

Kami di Borneo ni bukan Malaysia ka?
bukan kah lebih manis, sedap,pendek tidak buang air liur bercakap jika hanya sebut 'seluruh negara' sahaja tanpa perlu sebut 'termasuk Sabah dan Sarawak'

'Seluruh negara' itu bukan kah maksudnya dari Perlis hingga ke Sabah?
mengapa mesti disertakan '....termasuk Sabah dan Sarawak...'?

aku pening memikirkannya..

1 comment:

Paan Ovrtd said...

Fasis stesen TV tu, biasa la. You rilek2 je, nanti I gi lempang media2 massa yg buat cenggitu lagi.