Agaknya belum terlambat untukku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010. Semoga tahun ini lebih bermakna untuk kita semua.
Azam tahun ini
-seperti biasa mahu tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. sebagai seorang pelatih, study itu penting.
- sebagai anak, hihi.. byr htg kat mama.Doaku buat kamu, bapa n mama.
- sebagai kekasih, sudah ku katakan padamu, apa azam aku taun ni.tidak perlu disini. agak sulit untuk dinyatakan di sini.Namun, kepercayaan dan kesetiaan itu penting dalam satu hubungan. Sangat cintakan mu.
- sebagai kawan, harap hubungan kita lebih rapat. sekali kawan, tetap kawan okeh.
- sebagai BFF, harap kta still BFF ( Fifi, Junne, Qidah, Az) maafla bila time study agak sukar untuk kita bertemu dan lepakking.
- sebagai rakan kelas DKP 11 / Julai 2008, tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum kita melangkah keluar dari kolej ini dan berpecah mengikut tempat prktikal masing-masing dan hanya bertemu pada final exam atau graduation nanti, aku mengharapkan lebih banyak kenangan manis akan kita tinggalkan. Tidak ku sangka, hampir 2 tahun telah berlalu. Dalam perjalanan tersebut kita kehilangan 2 rakan kita. Ya sahabatku, mari kita doakan untuk mereka juga ok. doakan kejayaan mereka.
- sebagai diri sendiri, telah berjanji agar tidak mengerutkan muka. Tidak terlalu memikirkan masalah jika ada masalah melanda. pandai2 la cover. Smile always. tidakka hipokrit jika diluar senyum namun di hati pedih

Hari-hari hujan. nak jemur baju pun tak kering.(gambar di atas bukan menggambarkan perasaanku pada bulan ini. Harap Maklum.No More Kerut kan
Philip . )
Bulan ini aku sangat gembira, bahagia. ahahaha.. walaupun penat akibat orientasi. namun tetap terhibur dengan tingkah laku pelatih baru SPKA 6 Jan 2010. Banyak perubahan pada orientasi kali ini. untuk sesuaikan keadaan sekeliling. penat dah taip. kelak2 gik taip ah.