Saturday, May 30, 2009

2 minggu lebih...

Already 2 weeks since my last paper.

Aku dah buat beberapa things lam list aktiviti cuti aku.
sekarang makan:online:tido

o.O


aku keboringan!!! elaun dh susut!

Friday, May 22, 2009

Keputusan Peperiksan Akhir Semester 2

Dah keluar tadi siang.. melegakan kerisauan yang bersarang sejak habisnya paper kumbahan hari tu.
Melebihi target semester ini sebanyak 0.03. Alhamdulillah
Semester lalu ak cpai target dan lebih 0.11
Tak sangka sangat dapat lulus Subjek Sains Tingkah Laku dan Pelupusan Kumbahan
Kalau ST dua2 paper ak xkonfiden
p kalau kumbahan paper MCQ ja aku rasa kureng
p result dah out.. bersyukur sangat.


Kepada Lecturer semua.. sangat2 terima kasih atas keprihatinan anda kepada kami semua terutamanya papa kami iaitu Sir Niz, miss Mi, Miss Lyd, Sir Sy, Sir Saz, Sir Rs, Madam Faz, Sir Nip, Sir Hj Awg ( D'oh.. macam semua ja aku sebut ni)
Minta maaf kepada sir Niz kerana 3 hari berturut-turut menganggu hari anda dengan panggilan telefon.


Ok. Kesimpulan untuk semester ini.

~ Banyak yang dapat pointer 3.0 above
~ 3 orang dapat 3.94 (tahniah kepada Awg, Azizi, Affandi ) <<< do you guys realise.. Huruf awalan nama mereka huruf 'A'

kepada Awang >> Tahniah !! usaha anda berbaloi setelah berhempas pulas untuk tidak turut serta akan kelalaian kami. Sentiasa dengan nota anda (and your earphone di telinga) . Sentiasa study walaupun tiada lecturer.alangkah bagusnya jika aku dapat mengikut tabiat anda.malangnya perempuan ini terkenal dengan ketiduran dalam kelas..

~ Hanya seorang sahaja mengulang.tapi syukur hanya satu paper. takpa. berusaha! fighting!
~ Aku tidak dapat menunaikan azam ku dengan sepenuhnya. tapi amat kurang la. takpa aku cuba slow2
~ dan dengan sedihnya aku tidak dapat mengalahkan webby. xpa girl, kamek akan kalahkan kitak sem depan.
~ rekod baru yang dipecahkan? entahla.kena tunggu bulan julai.baru dengar cerita k.


Apa - apa pun, Tunggu 1 julai. Kita ada freshie baru masuk. kelas kita kan jadi minoriti.
~


Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Ibu

Selama ini.. hari valentine ka.. April Fool ka.. Malahan Hari Ibu or Ayah aku tidak sambut. Tapi tahun ni terdetik hatiku unutuk mengucapkan Selamat Hari Ibu Mama kepada mama ku yang tersayang.

Pada pagi hari tersebut aku misskol mama ku dengan harapan agar mama aku kol balik (takda kredit bah..almaklum student) dengan niat nak mengucapkan 'Selamat Hari Mama' tapi setelah asyik bercakap, sampai terlupa aku.apala pelupanya aku ni.
tapi takpa, ak dedicate lagu ni hanya untuk mama.

mama, niesa minta maaf atasa segala kesalahan niesa sepanjang hidp niesa.Ampnilah dosa niesa ma, niesa selalu buat mama marah2.. hehe... niesa janji niesa akan belajar bersungguh - sungguh dan berjaya dan akhirnya kerja untuk membantu mu mama. Lepas tu, turn niesa lagi untuk menyara keluarga. (ehm.. ak teringin nak beli something untuk mama lau dah kerja nnt.)


Buatmu ibu - Aeman

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

Sunday, May 10, 2009

Plan sepanjang cuti

aku pun mo buat list macam miss
12 May (petang) =======> balik rumah
20 Mei ==============>result kuar actually 22hb
25 dan 26 Mei =========> for those unlucky (harap kelas ak lulus suma) * seorang ja
30 Mei ==============> Bday Philip happy bday phil!!
01 June ==============> bday Junaidah Pana Happy bday Junne !!nanti aku bagi hadiah tradisi kita k babe!
06 june ==============> bday somebody hehehehehehe
08 june ==============> attachment di PKB ____________( 2 minggu)
01 July 24 June ==============> balik kolej (harap2 girls pun masuk 'apartment')

yang tidak spesifik tarikh nya...
* potong rumput actually pemotong rumput sekolah yang potong.Tapi sekarang dah panjang balik haha.. kena potong lagi haritu.
*buat batas done
*tanam sunflower had to buy new seed. seed aritu dh tumbuh kulapok. >.>
* cuci peralatan sanitari
xpat buat. T.T
*blajar balik Sains Tingkah laku tak perlu kerana dah lulus
*donlod suma episod Boys Over/Before Flower sampai episode 24 ja. mlas aku tengok lagi coz dah tengok.
* kemas bilik done

banyak aktiviti aku masa cuti kan

Final Sem 2 baru abis..

Hari ni paper last kami..
paper Lu Piker la sendiri....
perlupusan kumbahan bah...
pukul 230 petang tadi..
tersa sedikit kebebasan..

tak ku sangka sudah setahun aku mencari ilmu di perkarangan KKAK ni
sem depan dah Tahun Kedua sudah
TAPI!!!!
adakah kami masuk bangunan baru atau tidak... ?
tidak juga aku ketahui...
tapi aku sudah pasrah jika akhirnya kami (girls) tidak pindah ke asrama baru.
tapi mestilah.. asalkan sinki dalam bilik sudah ada nat kat perangkap nya tu... ( dibawah sinki tu bah... dia bocor), pintu almari dah dibaiki, bilik mandi xsumbat sudah ( suma bilik mandi kami tersumbat..T_T.. kami terpaksa mandi di toilet... cian kan... adalah dalam 3 minggu sudah)
tapi kalau kami(girls) pindah hostel baru... bertambah semangat la aku maok stdy..
suasana baru... banyak orang baru di kolej
harap2 lecturer pun brtambah..
kolej kekurangan lecturer bah..
ak risaukan subjek sains tingkah laku aku
aku harap lulus...
doakan aku lulus bah...
ak xmo reseat.

Tuesday, March 24, 2009

Busy


2 minggu yang lepas dan 5 minggu yang akan datang aku amat sibuk.
dont have time to blogging.
really dont have time.
I read all the comments..
take times to think..
some are right, some are wrong and misunderstood.
aku draft kan entri tu dulu.. nanti aku post balik n some new post.
Disebabkan terlampau sibuk aku terpaksa enabled blog aku jap sebelum keadaan bertambah buruk.
kepada yang terlibat, kamek dah jelaskan salah faham tersebut dan minta maaf secara bersemuka.
dan mereka( D Onco) pun terima. alhamdulillah..
tapi aku akan jelaskan lagi nanti pada masa yang akan datang.
kpada yang lain. akan sammpai masanya.
ta..ta ti..ti tu..tu

Wednesday, March 4, 2009

Mengimbau kenangan (merdeka ke 49)


sedang asyik berjalan dalam youtube.tiba-tiba teringat masa merdeka ke49 di Padang Merdeka Kuching Sarawak pada tahun 2006.


masa tu aku lower 6 kalau tak silap. a- ah.betulla aku lower 6 time tuh.kami menyertai pasukan koir.hampir atau lebih 2000 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah ( mostly lower 6) dan pelatih dari maktab perguruan. kami ( BK2 yang perempuan) tinggal seminggu kat IPBL kat berek.orang kata berek tu hanya didiami orang masa ada kursus jer.nasib baik tak jadi apa-apa.
T shirt kuning yang diberi.t shirt aku yang berharga tu.. dah aku bagi kat Afiq.
aku dan kawan aku da pakai shirt ni masa men futsal masa sukan sekolah taun 2007 rsanya. haha.. kalah ngan junior.



aku dan kawanku ( fifi, junne, qidah, ap, najwa, ain, hafiz?, ijam, not sure sapa gik) diletakkan di seksyen H9 masa tu bersama-sama student dari SMK Tun Hj Openg. student dari Openg ya.. antaranya arafat, Zul, saiful, Topoi, sapa lagi ah.. update nanti lau ak ingat nama. kami ada 12 orang dalam satu sekeyen *yeker?cam lebih jer* kalau tak silap diketuai oleh Abang apa ek.. aku tak ingat namanya.dari Institusi Batu Lintang kalau tak silap.Abang Hafiz kot. kami suma panggil dia Abang.yela... hormat orang lebih tua kan.
Jadual kami setiap hari, awal pagi pukul 3am dah bersiapnak turun ke Padang Merdeka.Bayangkan kami hampir 2000 orang pergi ke Padang Merdeka dengan menggunakan bas sekolah.ada 40 lebih buah bas kala ak silap.dan diiringi dengan polis trafik.masa tu, ra macam VVIP jer.padahal naik bas sekolah jer.haha

tapi yang aku hairan,dahla datang awal pukul 3 pagi.tapi start latihan setengah jam selepas Subuh.baik takyah datang awal sangat.mengantu giler,dahla sejuk.betapa lengang nya jalan kat Padang Merdeka masa tu. lepastu, latihan kami bermula sampaila tengahari.. ha ambik kau.duduk jer atas stage tu. Nasib baikla masa tu aku tak period, perut tak meragam,walaupun makanan memang langsung tak sedap dan kadang-kadang dah basi.


ju kami masa tu kebarong.lucu baju tu. dahla kain murah.tapi takpe.pakai kali tu jer.

kami takkan buat latihan jika hari hujan. ada sekali tu, sepanjang hari kami tak buat latihan, sebab hujan. dan latihan kami habis hampir pukul 12 malam.dan sampai di IPBL pukul 1 leih.dan bangun semula pukul 3 pagi.
aku hanya mandi sekali sehari jer masa tu. lepas balik.jadi pukul 3 pagi tu aku tak mandi.hahaha sshhhh.... yyelah, tdo takat 2 jam, takyah mandi pun takpa. kan ngah darurat tu..




antara formasi yang kami buat.

Masa tu, walaupun ramai jejaka, *ceywah* tapi aku langsung tak berminat nak berkenalan.sekadar berkawan sahaja.tak lebih-lebih. kawan aku yang lain pun sama. biasa jer.tak tergedik-gedik. selalunya kami suka kalau ramai-ramai macam ni, lepas tu pun aku masih macam ni. mungkin sebab aku dah mula belajar untuk setia kot. mungkin.sebab masa tu asal ada masa jer.kompom text dia. rindu kot.







kami sekitar huruf G merah sebelah hujung kanan tu.

masa ni aku lom pakai tudung lagi. aku start pakai tudung bila sahaja aku masuk KKAK. aku nak berubah.berhijrah.. ya berhijrah merupakan perkataan yang betul dalam konteks ayat disini. Slow - slow, satu persatu aku akan berubah, dari segi pakaian, percakapan, dan tingkah laku.
Harap aku berjaya.








semua gmbar diambil dari sini
sebab aku xda pic dlm pc ni. malas scan pic.

Friday, February 27, 2009

Formatif 1 dah abis... selamat bercuti KKAK

1 miggu exam...
miggu yang sangat stress , memenatkan dan menyeksakan
pesal la banyak orang sakit ho... termasukla aku.
Hasmah pun sakit jugak... kesian. tak dapat belajar.

tapi formatif dah habis.
sekarang cuti menjelma.
harap-harap aku dapat jumpa kancel.
tapi dia gi Kanowit ari ni.
risau akan keselamatannya.
harap2 selamat sampai dan selamat balik.
amin


Esok team aku pergi bermain futsal kat GoldenHawk Samarahan. pertandingan anjuran SARAWAK MEDICAL CLUB (cawangan HUS). betapa susahnya aku nak cari pemain. semuanya nak balik.semuanya sibuk. Harap-harap si Jessica datang esok. lagipun aku dah kasi tau AJK komuniti untu excuse dia dari derma darah tu. lenkali pun dia boleh derma bah... just kali ni ja.. kalau tak.. melayang la rm100 tu..
dahla 8 team ja men esok. mudahan kali ni nasib menyebelahi kami.

Friday, February 13, 2009

Kelab Renang DKP 11/2008



Kami bukan nya selepas dipanggang ya.

Berasa sangat sedih masa ni sebab ni last day ada kelas renang.Ni pun pas exam renang jugak. aku sendiri tak sangka aku dah pandai berenang n floating sekarang. (ngah tahan hidung dari kembang)
aku tak sangka aku dapat float for 10 minutes dalam kolam sedalam 15 kaki*kalau tak silap* dahla panas terik.muka memang rasa cam nak terbakar.

huhu... jom gi swimming ~~~~~ jangan lupa bubbling, breathing n kicking ok..


Note: Dimaklumkan finger yang buat peace tu adalah Cindy, disebabkan kami takda upah cameraman maka Cindy dengan baikhati nya menjadi camerawoman untuk kami.

P/S: Lau aku.. aku xsanggup jadi cam cindy. Aku akan make sure wajah ini berada di setiap gambar.huhu.. Cindy melakukan pengorbanan yang sangat besar.. tabik spring~~~

Sunday, February 8, 2009

KKAK's twin

sama kan?




lebih kurang la tu..

nira (DKP12)
yan (DKP10)